Beliau berkata, walaupun PKR menang dan merampas Selangor pada pilihan raya umum iaitu pada 2008 dan 2013, namun parti berkenaan gagal dalam membangunkan negeri itu.
“Parti itu gagal membangunkan negeri berkenaan, termasuk dalam menyediakan kemudahan asas dan perumahan kepada rakyat. Terutamannya dalam menyediakan rumah untuk golongan mampu milik.
“Sampah sarap juga timbun di negeri ini sehingga Selangor mencatat kes demam tertinggi,” katanya sambil menambah, kebanyakkan janji PKR pada pru lepas tidak dibuat-buat lagi.
Malah beliau menambah, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan anggota parti itu lebih mementingkan jawatan mereka.
“Oleh itu, rakyat perlu mengambil keputusan yang sewajarny dalam menentukan parti mana yang sepatutnya memerintah negeri Selangor dalam pru akan datang,” katanya.
Katanya, rakyat perlu memilih kerajaan Barisan Nasional dalam pru akan datang. -Makkal Osai