Sembilan kampung di Kota Belud dilanda banjir kilat

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Muliadi Al-Hamdi Ladin berkata kampung terbabit ialah Kampung Bobot, Kampung Sembirai, Kampung Kota Belud, Kampung Wokok, Kampung Siasai, Kampung Menunggui, Kampung Linau, Kampung Ijuk dan Kampung Gunding.

“Jalan terputus menyebabkan aliran trafik sesak di beberapa kawasan dan hanya boleh dilalui kenderaan berat,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Muliadi berkata setakat ini mungkin tiada penduduk yang akan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara berikutan paras air semakin surut. – mStar Online

Related Articles