Seludup senjata, kes tembak dan culik tiada kaitan Daesh

Beliau berkata, ini berikutan penjenayah biasa tidak mempunyai ideologi manakala anggota Daesh mempunyai ideologi dan propaganda tertentu dalam menyebarkan fahaman Daesh.

“Setakat ini tidak ada kaitan dan maklumat perisikan yang boleh mengesahkan mereka ini (anggota Daesh) bekerjasama dan mendapat ‘hubungan kerja’ dengan penjenayah biasa,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jenayah seperti seludup senjata, kes tembak dan kes penculikan yang berlaku di negara ini mempunyai kaitan dengan Daesh.

Ditanya jika anggota Daesh ini mampu memiliki senjata api seperti penjenayah biasa, Ayob Khan berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa senjata api yang mudah diperoleh penjenayah biasa ini turut mampu dimiliki anggota Daesh. – Bernama

Related Articles