Selepas nafi, Shamsul akhirnya akui wujud ‘surat Anwar’

by SM Amin

Bagaimanapun, beliau menegaskan surat tersebut hanya sekadar teguran daripada Anwar dan bukannya meminta pimpinan parti tidak terlibat dengan Deklarasi Rakyat yang diketuai mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Saya fikir berwaspada itu satu sesuatu yang positif. Sesiapa saja yang bersama dalam perjuangan rakyat, reformasi dan mendesak perubahan kepimpinan.

“Jadi kita kena sambut termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad. Jadi saya fikir teguran itu positif dan satu peringatan munasabah dan wajar dihadam.

“Ia tidak menghalang parti untuk bekerjasama dengan pihak sama agenda dan matlamat perjuangan kita,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Anwar dalam tulisannya mengkritik pimpinan parti yang cenderung untuk bersama Tun Mahathir sehingga meninggalkan perjuangan asal parti.

Shamsul yang juga ahli parlimen Bukit Katil sebelum ini mempersoalkan kewujudan surat tersebut dan menegaskan bahawa Anwar konsisten dengan kandungan Deklarasi Rakyat dan menyokong perkara tersebut.

Related Articles