Selepas kenyataan Tun M, Azmin juga sokong BR1M diteruskan

Azmin menyokong kenyataan Mahathir yang mana bantuan kewangan itu akan diteruskan oleh pembangkang sekiranya mereka memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Namun, beliau menegaskan pelaksanaan itu boleh diteruskan dengan syarat ia diuruskan organisasi bukan politik agar tidak disalah gunakan pihak tertentu kelak.

“Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kata diteruskan, sekiranya BR1M itu diperlukan maka pengurusan BR1M itu mesti diletakkan dalam satu organisasi lebih telus dan bertanggungjawab.

“Bukan diuruskan oleh orang politik untuk kepentingan politik dan beliau menyebut secara tegas BR1M tidak boleh menjadi manifesto mana-mana parti politik kerana ia satu sogokan dan amalan rasuah dilakukan oleh UMNO dan BN,” katanya selepas majlis perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Stadium Malawati baru-baru ini.

Sebelum itu, pada ucaptama perasmian PPBM, Mahathir berkata, program memberikan manfaat kepada rakyat itu akan diteruskan sekiranya pembangkang menjadi kerajaan pada PRU14.

Related Articles