Selepas diisytihar muflis, anak Tun Daim letak jawatan

LionGold mempunyai kepentingan dalam syarikat perlombongan emas dan cari gali di Australia dan Ghana.

Unit Australia milik penuh syarikat itu, Castlemaine Goldfields, mengeluarkan kira-kira 45,000 auns emas pada tahun kewangan berakhir 2015, menyumbang S$73 juta kepada perolehan.

Baru-baru ini LionGold memaklumkan bahawa alasan peletakan jawatan Md Wira Dani adalah “untuk menyelesaikan hal peribadi susulan perintah muflis ke atasnya oleh mahkamah Singapura, yang ingin diselesaikan beliau dalam tempoh 30 hari”.

Md Wira Dani, 37, adalah Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif LionGold Corp sejak 30 September 2015. Beliau adalah anak kepada bekas menteri kewangan Malaysia.

Sementara itu, Straits Times sebelum melaporkan Md Wira Dani diisytiharkan muflis minggu lalu membabitkan hutang sebanyak S$1.65 juta dengan Maybank Kim Eng Securities. –Bernama

Related Articles