Selepas bekas ahli PKR dan UMNO, kini Ezam bekas ahli PPBM

Beliau yang baru sahaja menganggotai parti yang ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Oktober lalu mengambil keputusan meninggalkan PPBM dipercayai atas alasan kecewa dengan arah tuju parti berkenaan.

Meskipun demikian, Ezam menafikan dakwaan tersebut sebaliknya berkata tindakan beliau keluar dari parti itu adalah untuk memberikan fokus penuh terhadap NGO anti rasuah Hisbah yang dipengerusikannya.

Berdasarkan laporan portal Free Malaysia Today, Ezam dikatakan telah menyerahkan surat bagi memaklumkan mengenai pendiriannya kepada setiausaha agung PPBM.

Bagaimanapun, pihak PPBM masih belum mengesahkan perkara berkenaan.

“Atas sebab itu saya secara rasmi hantar surat undur diri dari PPBM kepada setiausaha agung.

“Tidak ada sama sekali soal masalah dalaman parti. Saya tidak pernah terlibat dalam pimpinan parti sama sekali dan saya tidak mahu dilibatkan,” katanya.

Related Articles