Selepas 8 tahun berkhidmat, Obama pilih main luncur wau di Caribbean

Obama, yang lapan tahun berkhidmat sebagai presiden dan mengakhiri tugasnya bulan lalu telah bermain luncur wau (kiteboard) ketika bercuti di sebuah pulau Caribbean yang dimiliki oleh pengembara dan jutawan British Sir Richard Branson minggu lepas.

Kisah mengenai perjalanan percutian mereka disiarkan pada Selasa, 7 Februari.

Gambar-gambar dan video di laman web Virgin Group milik Branson menunjukkan bekas presiden itu, menunjukkan kehandalannya bermain luncur wau, sukan yang semakin popular, di mana beliau memijak papan luncur yang ditarik oleh layang-layang.

“Sebagai bekas presiden Amerika, terdapat banyak kawalan keselamatan di sekitarnya, tetapi Barack dapat berehat dan berjaya melakukannya,” tulis Branson.

Obama dan isterinya, Michelle, minggu lalu telah ditemui di British Virgin Islands dan orang ramai menyiarkan gambar mereka di media sosial.

Branson memiliki Moskito Island dengan keluasan 48 hektar, yang merupakan sebahagian daripada Nusantara.

Luncur wau pada 2012 telah dipilih sebagai sukan untuk Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, menggantikan luncur angin.

Keputusan itu mendapat kritikan kerana ia boleh membawa maut dan keputusan telah ditukar dalam tempoh beberapa bulan. – Reuters

Related Articles