Selena Gomez lebih penting dari isu 1MDB, soal Teresa

Ahli Parlimen Seputeh Teressa Kok menyindir Yunus di laman Facebook miliknya pada Jumaat berhubung perkara itu.

“What a joke?? (Adakah ini satu gurauan??),” kata Teressa.

“The Selangot exco doesn’t order prayer to save Malaysia from the shame brought by 1MDB scandal, but has instead ordered prayer to cancel an upcoming concert in Shah Alam?? (Exco Selangor tidak mengarahkan berdoa untuk menyelamatkan Malaysia daripada malu yang di bawa skandal 1MDB, sebaliknya mengarahkan sembahyang hajat untuk membatalkan konsert di Shah Alam??),” kata Teressa, memetik laman Facebook miliknya.

Teressa turut melampirkan berita berkenaan kenyataan Yunus itu yang dilaporkan oleh portal Malaysiakini.

Konsert Selena Gomez tetap berlangsung pada Isnin lalu di Stadium Melawati, Shah Alam.

PAS sebelum ini membantah konsert berkenaan atas alasan selebriti berkenaan berpakaian terlalu seksi.

Related Articles