Pengarah Imigresen Sarawak Ken Leben berkata pihak berkuasa negeri ini mengarahkan jabatan itu menghalang kemasukan Selva Kumar berkuat kuasa serta-merta.
Pada Selasa, beberapa pemimpin negeri dan parti menggesa kerajaan negeri mengenakan larangan itu.
Mereka termasuk Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing, Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah, Naib Presiden Wanita PKR Voon Shiak Ni dan Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak Datuk Sebastian Ting Chew Yew.
Selva Kumar pulang ke Malaysia Selasa setelah menjalani hukuman penjara 24 tahun di Kanada kerana melakukan 19 kesalahan serangan seksual, 28 kesalahan menggunakan bahan berbahaya, 10 kesalahan melakukan pelbagai serangan dan berbelas kesalahan lain.