Menurut Azmin, konsert itu akan diteruskan, walaupun mendapat bantahan Dewan Pemuda PAS kerana pihak penganjur menepati semua syarat yang ditetapkan.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka MBSA di perkarangan Stadium Shah Alam.
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, penampilan seksi artis itu bukan perkara penting dan tidak sepatutnya dijadikan isu.
“Seksi itu ciptaan tuhan dan subjektif, jangan terlalu teruja mengenainya, kebanyakan peminat lebih tertarik dengan lirik lagu yang disampaikan oleh penyanyi berkenaan,” katanya yang dipetik portal itu.
Menurutnya, tiada isu bahawa konsert bakal berlangsung ini boleh mencemarkan kemuliaan Syawal yang sedang diraikan umat Islam seperti dikatakan pihak PAS itu.
Ini kerana, katanya, semua bulan perlu dihormati.
“Namun, setakat ini Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) masih belum menerima sebarang permohonan untuk mendapatkan permit bagi penganjuran konsert ini.
“Tetapi MBSA akan teliti permohonan (jika ada) dan jika semua syarat dipenuhi, kita tiada masalah untuk meluluskannya,” katanya.
Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS menyatakan bantahan terhadap penganjuran konsert Selena Gomez ‘The Revival Tour’, dengan menyifatkan kehadiran artis yang sinonim dengan penampilan seksi itu akan mencemarkan kemuliaan Syawal.
Pengerusi Lajnah Dakwah Dewan Pemuda, Hafez Sabri, berkata penganjuran konsert itu akan menghidupkan budaya hedonisme di kalangan generasi muda di negara ini. – Berita Harian Online