Cek itu diterima oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan.
“Kalau ikut sejarah, memang tidak dapat dinafikan masyarakat India memberi sumbangan besar dan kita perlu mengiktiraf sumbangan kaum India,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-60 Kelab Belia Tamil Malaysia di Dewan The Grand, Lukut di Port Dickson, baru-baru ini.
Kelab Belia Tamil Malaysia yang ditubuhkan pada 1956 kini dianggotai seramai 24,552 orang dan mempunyai 292 cawangan di seluruh negara.
Kelab berkenaan ditubuhkan dengan tujuan untuk mempromosi kebudayaan, kesenian serta bahasa Tamil ini.
Turut hadir Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam, Speaker Dewan Negara Datuk Seri SA Vigneswaran, Presiden MyPPP Tan Sri M Kayveas, bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu dan Naib Presiden Gerakan Datuk A. Kohilan Pillay. –Tamil Malar