Beliau berkata,ini kerana pendidikan Tamil menjadi perosalan apabila pelajar mula melangkau ke sekolah menengah.
“Ada juga yang mengambil jurusan Tamil di universiti, ia adalah satu perkara yang perlu dibangga. Walaupun ada pihak yang cuba melakukan yang terbaik kepada bahasa Tamil, namun ada juga pihak yang pandang rendah dalam hal ini.
“Ada yang sudah lupa budaya, ada yang tidak pandai bertutur dalam Bahasa Tamil, dan ada yang tidak tahu membaca dan menulis dalam bahasa ibunda sendiri,” katanya.
Beliau menambah, jika perkara ini berterusan, ia pasti akan memberi kesan kepada generasi yang akan datang, dimana, mereka akan menjadi masyarakat yang melupakan Tamil.
“Oleh itu, adalah perlu sekolah menengah tamil.Di sekolah rendah, pelajar belajar tamil sepenuh masa, tetapi apabila masuk sekolah menengah, mereka hanya belajar Tamil pada masa tertentu atau masa yang agak pendek,” katanya.
Thanentiran juga berkata, perkara itu perlu dipandang serius sebelum bahasa Tamil ‘hilang’ di Negara ini. – Tamil Malar