Sekolah daif akan dibaik pulih dengan kaedah IBS, kata Najib

by SM Amin

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, teknologi itu telah terbukti menjadi lebih cepat berbanding menggunakan cara konvensional untuk pembinaan rumah baru.

Jelasnya, dengan menggunakan kaedah IBS, pembinaan sebuah blok sekolah yang mengandungi enam bilik darjah dan makmal sains hanya akan mengambil masa tujuh hingga lapan minggu.

“Jika kita boleh membaiki sekitar 20 hingga 30 buah sekolah setahun, kita boleh melengkapkan pemulihan 183 sekolah daif di Sarawak dalam masa enam hingga tujuh tahun. Ini adalah cita-cita saya,” katanya ketika berucap merasmikan SK Pusa di Beting Maro di sini.

Ketika ini, kerajaan sedang melaksanakan kaedah IBS di lapan buah sekolah di kawasan Parlimen Batang Lupar termasuk SK Semarong, SK Sungai Pinang, SK Kalok, SK Pulau Seduku, SK Ladong, SK Tambak dan SMK Sebuyau.

Blok baru di SK Ladong siap sepenuhnya dan hanya mengambil masa tujuh minggu untuk pembinaannya.

Pembinaan SK Pusa, yang menelan belanja RM21 juta, mengambil masa dua tahun dan telah disiapkan pada Jun 2010. Sekolah ini mempunyai 18 bilik darjah dan 433 orang murid.

Related Articles