19
“Tidak, tidak. Saya sudah katakan saya tidak akan bertanding (pada PRU-14),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan satu kaji selidik oleh Institut Darul Ehsan (IDE) yang mendapati masyarakat Melayu lebih memilih Mahathir untuk menjadi perdana menteri kembali berbanding bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Soal PM (perdana menteri) tak bincang langsung. Ia mengenai menang atau tak (pada pilihan raya). Tak timbul soal siapa jadi perdana menteri sehingga kita menang,” katanya. –Tamil Malar