Segerakan siasatan ke atas Malaysiakini – KJ

Ketua Pergerakan Pemuda UM­NO, Khairy Jamaluddin berkata, selagi tiada kepastian mengenai kesahihan sumber kewangan syarikat berkenaan, selagi itu rakyat terutamanya Kumpulan Baju Merah yang diketuai oleh Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos mahukan kebenaran.

Katanya, dakwaan mengatakan beberapa organisasi tempatan antaranya Malaysiakini dan Bersih dibiayai oleh Open Socie­ty Foundation (OSF) diasaskan oleh hartawan Amerika Syarikat, George Soros adalah tuduhan berat yang harus disiasat secepat mungkin.

“Soal utama sekarang adalah mengenai pembiayaan dana a­sing yang diterima oleh Malaysiakini dan Bersih yang boleh menggugat kestabilan dan keselamatan negara.

“Oleh itu, mungkin pihak Bank Negara dan Polis Diraja Malaysia boleh menyegerakan siasatan yang dilakukan dan mengesahkan bahawa organisasi berkenaan dibiayai oleh OSF supaya perkara ini dapat diselesaikan,” katanya memetik Utusan Online.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar kursus pemukiman penceramah anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia bertemakan Sepetang Bersama Jaguh Debat: Tips Mematahkan Hujah Lawan di ibu negara pada Sabtu.

Related Articles