Sebulan Bersih 5.0 berlalu, pemimpin PKR dipanggil polis

Mereka ialah Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Johari berkata, banyak soalan diajukan oleh pihak polis berhubung perhimpunan Bersih 5.0 namun mereka memilih untuk menjawab mengenai perkara itu di mahkamah.

Johari ketika ditanya mengenai pendakwaan berkata, pihaknya menyerahkan perkara itu kepada pihak polis.

Sementara itu, Rafizi pula berkata, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali harus memikirkan kembali tindakan yang diambil mereka memandangkan rakyat tidak sependapat dengan kerajaan sebaliknya bersama Bersih.

“Saya rasa perkara ini AG kena fikir kerana pendapat masyarakat tidak memihak kepada mereka. Kalau sesiapa yang menyertai Bersih akan didakwa di mahkamah,” katanya. -Makkal Osai

Related Articles