Kata Zuraida, Jamal telah membuat laporan polis palsu apabila mendakwa Zuraida mengarahkan orangnya menumbuk Jamal sehingga berdarah hidung dalam insiden yang berlaku di Ampang Point pada Ahad.
“Bukti ada di sana (laporan polis Jamal) untuk semua lihat. Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap beliau berdasarkan bukti.
“Membuat laporan polis palsu adalah kesalahan jenayah dan saya akan pastikan polis mendakwa Jamal kerana berbuat demikian.
“Sebagai lelaki, beliau seharusnya berhenti membuli orang lain dan kemudian meletakkan kesalahan itu ke atas wanita. Adalah tidak masuk akal,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dalam insiden tersebut, sekumpulan penyokong Bersih berada di Ampang Point untuk mempromosikan himpunan Bersih 5 pada 19 November ini sebelum Jamal tiba untuk mengganggu promosi tersebut.
Keadaan kemudiannya tegang apabila Jamal ditumbuk di mukanya oleh seorang individu sebelum melarikan diri.
Dalam insiden tersebut dua ahli baju merah ditangkap dan Jamal mengalami pendarahan di hidung.
Susulan daripada itu, Jamal membuat laporan polis di Ibu Pejabat Pois Ampang Jaya berhubung insiden tersebut.