Saya tidak pernah ingat kabinet hentam Husni – Ku Nan

Tegas Tengku Adnan, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku dan mesyuarat kabinet dibuat untuk membincangkan perkara-perkara yang membawa kebaikan kepada negara.

“Tak ada, tak ada. Saya tak tahu la masa bila kita hentam dia, saya pun ada dalam kabinet.

“Saya tak pernah ingat kita hentam Husni. Kita dalam kabinet kita bincang apa yang kebaikan untuk negara,” kata Tengku Adnan pada sidang media selepas majlis Hari Raya Aidiladha di Putrajaya hari ini.

Jelas ahli Parlimen Putrajaya itu lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mempengerusikan mesyuarat kabinet tidak pernah melarang anggotanya daripada menyentuh mana-mana isu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Husni kononnya beliau telah dihentam oleh anggota kabinet apabila cuba membentangkan langkah pembaikan sewaktu indeks tanggapan rasuah (CPI) Transparency International negara ini makin merosot.

Husni bagaimanapun tidak menyatakan di mesyuarat mana kejadian itu berlaku.

Related Articles