Saya tidak gila nak jadi KM Sabah, ujar Shafie

Bercakap di hadapan penyokongnya di Kota Belud hari ini, Shafie berkata bahawa dirinya tidak berminat untuk menjadi orang nombor satu di negeri kelahirannya, Sabah.

“Saya bukan gila mahu jadi Ketua Menteri Sabah!” ujarnya di dalam ucapan beliau.

Menurutnya, beliau bekerja untuk rakyat bukan mengejar jawatan.

“Bagi saya, apa yang penting bukan parti ataupun jawatan tapi rakyat. Kita tolong rakyat, bantu rakyat. Apa salahnya?

“Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri) pecat saya dari Kabinet, saya akur. Itu hak dia. Saya tidak dendam, tidak kecil hati.

“Jawatan ini sementara sahaja,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan hari raya di Kota Belud, Sabah yang disiarkan secara langsung di Facebooknya.

Namun beliau akui dengan adanya jawatan, ia lebih mudah untuk membantu rakyat.

“Bukan senang…macam saya, anak nelayan, orang kampung bertanding untuk Majlis Tertinggi…Naib Presiden Umno. Setengah mati mahu menang. Kerana apa saya bertanding? Kerana kita tidak perlu meminta jika kita ada kuasa itu.

“Kalau kita duduk di atas, tidak perlu minta 20 peratus tapi kita tandatangan 20 peratus. Bukan mudah saya mahu naik. Berjuang sampai jadi besi buruk,” katanya lagi.

Shafie sebelum ini mengumumkan keluar parti selepas digantung dari parti.

Related Articles