Saya tidak gentar dengan keputusan mahkamah, Anwar Ibrahim

Malah, beliau yang kini menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh berkata perjuangannya kini ialah untuk menentang konspirasi politik ke atasnya habis-habisnya.

“Ini bukan penghujung perjuangan saya, saya akan membncangkan tindakan selanjutkan bersama peguam saya,” katanya selepas panel lima hakim sebulat suara menolak permohonan terakhirnya itu.

Ini bermakna bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terpaksa menjalani baki dari hukuman lima tahun yang dijatuhkan keatas beliau.

Peguambelanya, N.Surendran berkata, barisan peguam yang mewakili pemimpin PKR itu akan meneliti keputusan kehakiman secara lebih terperinci sebelum menyusun langkah seterusnya.

“Anwar tidak menerima keputusan mahkamah , begitu juga dengan keluarganya, kami akan mengumumkan tindakan lanjut kami dalam masa terdekat ini,” ujarnya.

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Anwar itu atas sebab Artikel 128 Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan mahkamah boleh mendengar dan membuat keputusan terhadap sesuatu hukuman yang pernah dijatuhkan mahkamah yang sama.

Selain itu, kes tersebut juga diputuskan tidak mempunyai merit. – Malaysia Nanban

Related Articles