Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan parti baru itu dan dalam masa yang sama menegaskan tidak akan mengubah haluannya dan akan terus kekal bersama UMNO.
“Tidak (menyertai parti). Saya tidak ambil kisah dengan parti baharu itu dan saya tidak terbabit. Saya masih ahli UMNO,” katanya.
Rafidah juga berkata setakat hari ini beliau masih belum didatangi mana-mana pihak dari parti BERSATU itu untuk ‘melamar’ beliau menyertai parti berkenaan.
Bekas menteri kabinet itu juga menambah, beliau mengetahui mengenai namanya dikaitkan dalam satu senarai yang kononnya adalah nama bakal pemimpin parti baharu itu, namun tidak mengetahui bagaimana beliau disenaraikan.
“Ada senarai nama ketika itu, tetapi saya tidak ada dan tidak tahu mengenainya kerana saya berada di luar negara (pada ketika itu),” katanya.