Beliau berkata, dirinya tetap setia terhadap perjuangan PAS, malah akan kekal bersama parti itu sama ada menang atau kalah dalam PRK Sungai Besar ini.
Tegasnya, kehadiran beliau pada program Iftar Perdana yang dihadiri Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali adalah atas dasar menghormatinya selaku Menteri Besar Selangor serta rakan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Saya tidak akan tukar parti lain. Menteri Besar pun tidak pakai baju mana-mana parti pada program itu.
“Beliau hanya pakai baju putih. Jadi, ia bukan isu besar,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Ditanya sama ada kehadirannya semata-mata untuk meraih publisiti media, Dr Abdul Rani, berkata dakwaan itu tidak betul kerana pihak media memberi liputan baik sepanjang berkempen.
Sementara itu, Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata pucuk kepemimpinan parti mengetahui mengenai kehadiran Dr Abdul Rani pada program berkenaan.
Kelmarin, Dr Abdul Rani membuat kejutan apabila hadir di majlis berbuka puasa yang dianjurkan bagi tujuan berkempen untuk calon Parti Amanah Negara.
Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam ceramahnya malam kelmarin turut mempelawa Abdul Rani untuk menyertai salah satu parti dalam pakatan pembangkang.