Saya tidak akan merayu kepada parti India lain bergabung dengan MIC – Subramaniam

Najib yang juga Pengerusi BN dalam Perhimpunan Agung MIC ke-70 Ahad lalu meminta MIC berunding untuk memastikan semua sekutu BN iaitu IPF, Makkal Sakti dan MIUP supaya bergabung dibawah kepimpinan MIC.

Beliau mahu sebuah parti India yang menjadi suara keramat tunggal India di negara ini. Bagaimanapun IPF dan Makkal Sakti dalam kenyataan terbaharu telah bertegas tidak akan bekerjasama dengan MIC khususnya dibawah kepimpinan Subramaniam.

Subramaniam sebagai membalas kenyataan mereka, sudah menyatakan pendirian bahawa beliau tidak akan pergi merayu kepada mereka untuk bersatu dibawah MIC bila-bila masa.

“Saya tidak mempunyai keinginan untuk menyatukan parti-parti berasaskan India sekutu BN sebagai satu parti dalam MIC.

“Saya juga tidak akan pergi merayu kepada mereka untuk tujuan itu,jangan haraplah,” katanya.

Menurut Subramaniam, sama ada menyertai MIC atau tidak adalah merupakan hak parti itu masing-masing yang harus membuat keputusan.

Subramaniam berkata demikian sebagai mengulas seruan Najib supaya MIC berunding untuk menyatukan semua parti India sekutu BN dibawah MIC.

Menurut Subramaniam ia bukan satu perkara baharu bagi beliau sebaliknya sudah berapa kali PM telah menekankan perkara mengenai penyatuan itu.

Subramaniam ketika ditanya pemberita sama ada akan berunding dengan parti India berkenaan, dia dikatakan hanya memberi jawapan ringkas iaitu ‘tidak’. – Malaysia Nanban

Related Articles