Saya tidak akan baling mikrofon – Dr. Rani

by SM Amin

Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang ketika ini merupakan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) sebelum ini menjadi perhatian apabila mencampakkan mikrofon di atas pentas selepas berucap.

Mohamad antara nama yang disebut-sebut akan bertanding di PRK Sg. Besar selain daripada bekas ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad dan Pengerusi PAN Sungai Besar, Azhar Shukur.

Pencalonan Dr. Rani sebagai calon diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Dr. Abdu Hadi Awang di hadapan kira-kira 500 penyokong parti itu malam tadi di Markaz PAS Simpang 5, Sungai Besar.

“Ini pilihan raya kecil dan kita memerlukan tokoh yang terjun bersama rakyat.

“Calonnya adalah Dr Abdul Rani Osman. Saya difahamkan, beliau ada darah Banjar dan Jawa. Semua anak Adam,” kata Hadi disambut laungan takbir.

Turut hadir Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang juga Ketua Pemuda PAS dan Presiden IKATAN, Tan Sri Shiekh Kadir Fadzir.

Abdul Rani merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan ADUN Meru sejak 2008. Sebelum menceburi dunia politik, Dr. Rani menjalankan sebuah klinik swasta ‘Fitrah’ di pekan Meru.

Pakatan Harapan sehingga kini masih belum menentukan parti serta calon yang akan bertanding bagi kedua-dua PRK tersebut.

Sementara itu, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi pula diumum sebagai calon BN bagi Sungai Besar.

Related Articles