Mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mahu pengundi menolak Barisan Nasional dan UMNO dalam pilihanraya kecil Sungai Besar and Kuala Kangsar, Najib berkata Mahathir perlu ingat beliau berkuasa selama 22 tahun kerana UMNO.
“Barisan nasional merupakan parti yang banyak jasanya dan Tun Mahathir menjadi perdana menteri kerana Barisan Nasional dan kerana UMNO,” kata Najib di sidang akhbar di London lewat Selasa (pagi Rabu di Malaysia).
“Dia dan keluarganya mendapat banyak manfaat daripada kedudukan sebagai perdana menteri. Dan ini kerana kekuatan UMNO dan barisan nasional,” kata Najib di akhir lawatan kerja beliau di sini.
“Jadi bila dia suruh orang menolak parti yang banyak berjasa, maka banyak reaksi yang negatif terhadap pendirian beliau yang tidak mengambil peduli langsung apa yang dia terima sebagai manfaat kerana tanpa BN dan UMNO beliau tidak akan menjadi perdana menteri sama sekali,” katanya.
“Jadi banyak orang kata tentu sekali amat tidak wajar sekali kalau orang ada perasaan hati perut tidak akan menolak parti yang banyak berjasa kepada kita sebagai individu dan jasa kepada negara keseluruhannya.
“Perubahan kepada negara kita, pembangunan negara kita, kestabilan politik negara kita, kejayaan kita selama ini adalah Barisan Nasional dan UMNO sebagai tunggak kepada Barisan Nasional.
“Adalah wajar kita pula menikam balik parti yang begitu banyak jasanya kepada diri kita dan pada negara?
Ditanya adakah beliau kecewa dengan kenyataan Dr Mahathir, Najib berkata: “Saya sudah menjangka. Saya rasa orang ramai lebih kenal siapa beliau sekarang. (I had expected it. I think people know the man now better.” – Berita Harian