Saya sedia letak jawatan – Abdul Hadi

Presiden PAS itu berkata, penjelasan terperinci mengenai kehadirannya ke persidangan tahunan tersebut sudah dimaklumkan kepada pihak kesatuan melalui surat yang dihantar kepada Setiausaha Agung, Prof. Dr. Ali Qaradaghi, empat hari lalu.

“Saya sudah tulis surat (penjelasan) dan bersedia untuk letak jawatan. Saya pegang jawatan bukan saya minta sebaliknya dilantik,”katanya kepada pemberita di kediamannya di Rusila dekat Kuala Terengganu pada Jumaat sejurus selesai menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila yang terletak bersebelahan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai teguran Presiden KUIS, Dr. Yusuf al-Qaradawi terhadapnya, beliau tidak pasti adakah benar kenyataan tersebut daripada pemimpin tersebut atau sebaliknya.

“Beliau uzur jadi saya tidak tahu sama ada kenyataan beliau itu benar atau tidak. Atau mungkin daripada orang lain,” jelasnya.

Kunjungan Abdul Hadi ke Tehran menjadi semakin panas apabila nama KUIS turut diheret sehingga menyebabkan Dr. Yusuf tampil membuat kenyataan selain menegur tindakan Presiden PAS itu.

Bagaimanapun, semalam, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali menegaskan kehadiran pemimpin itu adalah mewakili parti berkenaan bagi menyatakan pendirian Pas terhadap krisis di Asia Barat, memetik Utusan Online.

Related Articles