Saya sedia bela masalah komuniti India – Chong sin Woon

Katanya, beliau akan mengambil segala langkah untuk meneliti masalah yang dibawa ke pemerhatian beliau untuk ditangani seberapa segera mungkin untuk memastikan masyarakat India terus selamat dan sejahtera.

Beliau berkata demikian di satu majlis perjumpaan bersempena Deepavali bersama masyarakat India di SJKT Lobak, Seremban dan menyampaikan sejumlah wang.

“Saya sedar masyarakat India disini memerlukan lebih perhatian dalam segala aspek pembangunan .

“Saya sebagai pemimpin bersedia untuk melihat dan menyelesaikan masalah komuniti India,” katanya.

Malah katanya, seramai 400 keluarga India yang dikenalpasti di kawasan itu akan disalurkan bantuan secara berperingkat.

Sin Woon dikhabar akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 sebagai wakil MCA dan BN. – Makkal Osai

Related Articles