Saya kena ikut arahan doktor -Ahmad Bashah

Oleh yang demikian, beliau meminta semua pihak untuk berhenti menyebarkan khabar angin melibatkan tahap kesihatannya di media sosial.

Menurut beliau, khabar angin sedemikian mampu menjejaskan kedudukannya selaku pentadbir negeri itu.

“Saya memang kesal (sebar khabar angin palsu) tapi dalam politik, memang begitulah. Tapi yang penting kesihatan saya… Esok pun saya kena pergi ke hospital untuk ambil darah, itu biasa sebab doktor nak pastikan supaya pembedahan yang dijalani sebelum ini sempurna.

“Saya kena ikut arahan doktor, saya tidak boleh ikut arahan orang ramai disebabkan viral ini semua. Jika doktor suruh dapatkan rawatan dua minggu sekali, dua minggu sekali (pergi ke hospital). Mereka nak pastikan saya mendapat penjagaan rapi,” katanya ketika ditemui di Alor Setar pada Ahad.

Beliau berharap cerita tidak benar mengenai dirinya dapat dihentikan segera kerana dibimbangi turut memberi kesan kepada emosi keluarganya.

Ahmad Bashah mengulas khabar angin yang disebarkan oleh pihak tertentu bahawa beliau kini dirawat di hospital kerana masalah kesihatan.

Related Articles