23
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata ia juga bagi menyempurnakan siasatan ke atas beberapa pegawainya yang ditahan dan disiasat.
“Sebagai Ketua Menteri, saya mempunyai pengetahuan dan peranan dalam memberi maklumat diperlukan SPRM bagi membantu siasatan.
“Mengikut dasar kerajaan negeri, sesiapa yang menandatangani ikrar integriti, mana-mana pegawai mengamalkan rasuah di Melaka tidak ada tempat di negeri ini, jadi kita bantu siasatan SPRM,” katanya.
Beliau mengulas laporan muka depan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini berhubung laporan Ketua Menteri Melaka disoal siasat SPRM, memetik laporan BH Online.