Saya hanya ahli biasa PBBM -Khairuddin

Beliau dalam satu kenyataan malah berkata dirinya yakin tindakan meninggalkan PBBM itu tidak akan memberi kesan buruk kepada parti tersebut yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed.

Khairuddin berkata demikian memandangkan kedudukan beliau di dalam parti itu hanyalah ahli biasa yang mana perkara berkenaan tidak akan menjejaskan parti itu.

“Saya bukan tokoh pemimpin parti Bersatu! Saya hanya ahli biasa!,” katanya menerusi kenyataan lewat malam Sabtu.

Bagaimanapun Khairuddin percaya PPBM akan kuat dan popular tanpa dirinya yang meninggalkan Bersatu untuk memberi tumpuan kepada agenda melalui saluran undang-undang.

“Generasi muda dan rakyat atas pagar tetap memilih PPBM sebagai platform baru perjuangan menentang pemimpin korup,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menyangkal dakwaan beliau keluar daripada kerana tidak mempunyai keyakinan terhadap masa depan parti itu.

Pada masa sama, Khairuddin berkata beliau tetap akan membantu kempen PPBM untuk menambah keahlian parti itu.

“Saya juga akan tetap membantu parti ini dari luar demi wadah perjuangan untuk menumbangkan Umno dan Barisan Nasional. Hakikatnya, saya tidak akan tinggal parti ini secara total,” katanya.

Sementara itu, Khairuddin berkata Dr Mahathir merupakan segala-galanya bagi diri beliau.

“Tiada siapa yang boleh pisahkan saya dengan Dr Mahathir Mohamad kecuali Allah SWT!

“Selagi hayat dikandung badan, maka selagi itulah saya akan menyokong Dr Mahathir,” katanya.

Related Articles