Saya dan keluarga kehilangan seorang rakan rapat – Najib

Menerusi laman Facebook, Najib berkata kematian Haron disifatkan kehilangan besar warga Malaysia khususnya.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Terima berita sedih Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din telah kembali ke rahmatullah. Malaysia kehilangan seorang tokoh ulama Islam yang banyak berjasa dan amat saya hormati.

“Secara peribadi, saya dan keluarga kehilangan seorang rakan rapat dan disayangi.

“Meskipun landasan politik kami berbeza, kami sama-sama inginkan perkara yang serupa, Malaysia negara Islam yang terus makmur dan sejahtera. Semoga roh Allahyarham Haron Din dikurniakan husnul khotimah dan mendapat syurga tertinggi Allah, Syurga Al-Jannah bersama para syuhada. Al-Fatihah,” ujarnya.

Berita kematian tokoh agama itu sebelum ini disahkan Ketua Penerangan PAS, Nasaruddin Hassan melalu aplikasi whatapps kepada wakil media.

Related Articles