Sekiranya wujud usul tersebut kata Ahmad Said, beliau berseorangan dalam perkara itu.
“Saya tidak tahu.
“Apa boleh saya buat? Saya hanya seorang,” katanya kepada pemberita di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu.
Ahmad Said sebelum ini mencabar Ahmad Razif supaya meletak jawatan jika tidak mahu kerajaan negeri terus berada dalam keadaan tidak stabil.
Enam orang exco Ahmad Razif dan beberapa Adun BN dikatakan akan bertindak memboikot sidang DUN yang bermula hari ini.
Bagaimanapun, selain daripada Adun PAS-Rhu Rendang, semua exco dan Adun BN hadir dalam sidang DUN.
Sementara itu, Exco Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib menyifatkan polemik politik di Terengganu seperti adik beradik yang saling ingat mengingati.
“Biasalah adik beradik saling ingat mengingati. Kami semua satu pasukan, satu kepimpinan.
“Barisan exco berfungsi dan berjalan seperti biasa. Sebelum ni tiada apa-apa pun. Disensasikan oleh media sahaja.
Menurut Ghazali, beliau mengharap tiada masalah yang akan timbul dalam sidang DUN kali ini yang boleh membawa kepada pembubaran DUN sekaligus mengadakan Pilihan Raya Negeri.
“Ini harapan kita. Ahmad Said datang sebagai wakil rakyat BN dan komitmen kepada parti tidak pernah pudar pada dirinya.
“Cuma orang buat gimik, buat sedemikian rupa. Itu yang tidak betul sedangkan semangat UMNOnya kuat,” ujarnya.