Saya banyak kali ditipu Tun Mahathir, kata Ku Li

by SM Amin

Lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, beliau menegaskan tidak pernah menyokong Deklarasi yang dibuat oleh Tun Mahathir bersama pemimpin pembangkang, Lim Kit Siang.

Malah kata Ku Li, beliau merupakan mangsa yang sering ditipu selama ini oleh Tun Mahathir.

“Saya banyak kali ditipu oleh Dr Mahathir tapi saya bersabar dan terima (keadaan itu)… walaupun saya baik dengan beliau dan tidak bermusuh dengan sesiapa” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Langgak Golf di sini, hari ini.

Ku Li turut menafikan dirinya sebagai dalang untuk membuat undi tidak percaya kepada Najib sambil menyifatkan Tun Mahathir hanya pandai meletakkan kesalahan tersebut kepada orang lain.

Ahli Parlimen Gua Musang itu juga memandang sinis dakwaan Tun Mahathir bahawa Najib perlu digulingkan kerana bersifat seperti seorang diktator.

“Setakat hari ini kita menerima pengakuan yang dibuat oleh orang berkenaan (Mahathir).. dia yang mengaku dia sebagai diktator.

“Jadi kalau saya nak kata dia (Mahathir) bukan diktator, tak boleh lah kerana dia sendiri yang mengaku dia diktator,” ujarnya.

 

Related Articles