Saya akan berganding dengan Anwar turunkan Najib – Tun Mahathir

Itu pengakuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahatir Mohamad dalam satu wawancara terbaharu di London baru-baru ini.

Katanya, Najib menghadapi pelbagai pertuduhan salah laku berhubung syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Isu ini telah mencemarkan imej negara di peringkat antarabangsa dan situasi bertambah kritikal setiap hari dan ia tidak sihat untuk pembangunan dan kemajuan negara.

“Jadi Najib harus diturunkan dari jawatan Perdana Menteri, itulah cita-cita dan tanggungjawab saya,” katanya.

Tun Mahathir berkata beliau memerlukan bantuan dan kerjasama rakyat untuk meneruskan misi itu dan mengharapkan rakyat bersatu untuk menyelamatkan negara.

Malah katanya lagi, beliau telah mengadakan perbincangan mengenai beberapa perkara penting bersama Anwar Ibrahim.

“Ia hanyalah permulaan, dia pun menghulurkan kerjasama untuk menggulingkan Najib,” ujarnya.

Anwar dan Tun Mahathir bagai kucing dan tikus selama 18 tahun ini sebelum bersatu semula untuk tujuan sama mengejutkan media dan pemerhati politik selain mencetuskan pelbagai soalan.

Tun Mahathir juga menyokong petisyen Anwar untuk menangguhkan pelaksanaan Akta majlis Keselamatan Negara 2016. – Malaysia Nanban

Related Articles