Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamed Shariff Abu Samah memerintahkan arahan itu selepas menerima permohonan habeas corpus yang dikemukakan Sanjeevan yang mencabar penahanannya.
Dalam penghakimannya Mohamed Shariff memberitahu tempat penahanan pemohon (Sanjeevan) di Pusat Tahanan Reman Polis , Jalan Ipoh yang memberikan pelbagai tafsiran yang mewujudkan pelbagai kekeliruan mengenai penahanannya.
“Dengan menggunakan kausa semakan sebagaimana Bab 31 Kanun Prosedur Jenayah, aspek penahanan Poca wajib di patuhi,” katanya.
Berikutan itu, beliau berkata mahkamah membenarkan pemohonan pemohon secara serta merta.
Pada 11 julai lalu, Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur membenarkan permohonan polis untuk menahan reman Sanjeevan, bagi membantu siasatan dan perintah reman itu akan berakhir pada 31 Julai ini. – Kosmo! Online