Saling hormat menghormati

by SM Amin

Peraturan tersebut menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan orang bukan Islam. Walaupun ada yang berpendapat peraturan itu tidak menjadi masalah, namun ada juga yang menyifatkan peraturan tersebut melampau.

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum. Setiap kaum perlu menghormati agama dan budaya kaum lain. Orang bukan Islam juga memahami berhubung peri pentingnya taraf halal bagi masyarakat Islam. Namun pelaksanaannya tidak boleh melangkaui batasan sehingga menceroboh kepercayaan penganut agama lain.

Tindakan JAKIM mengarahkan pengusaha “Auntie Anne” dan makanan “Pretzel” supaya menukar nama turut menjadi bahan ketawa masyarakat antarabangsa. Kebelakangan ini kelihatan Malaysia semakin hari semakin jauh daripada sikap kesederhanaan. Pelaksanaan pentadbiran Islam bukan sahaja tidak membantu integrasi kaum dan agama, malah melebarkan lagi jurang perbezaan kaum di negara ini.

Sungguhpun demikian, rakyat perlu bertenang dalam menghadapi perkara tersebut. Kita bimbang perkara sensitif ini digembar-gemburkan sehingga menjadi konflik dan akhirnya membawa malapetaka kepada negara. – China Press

Related Articles