Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata sekiranya terdapat bantahan, adalah lebih baik MCA berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada mengeluarkan kenyataan yang mengeruhkan lagi keadaan.
“Itu cakap politik tak bawa keuntungan kepada MCA dan BN. Baik dia bincang dengan PM.
“Esok lulus RUU itu orang tanya bila dia nak letak jawatan menteri. Komponen BN perlu berhati-hati,” katanya ketika ditemui di PWTC bersempenan Perhimpunan Agung UMNO 2016 pada Jumaat.
Tiong Lai sebelum ini menegaskan RUU persendirian tidak harus diberikan sokongan dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sepatutnya membentangkan usul tersebut di Parlimen baru-baru ini.
Menurut Ali, tindakan ahli Parlimen Bentong itu hanya sekadar untuk menunjukkan MCA lebih hebat daripada DAP yang merupakan seteru utama parti itu.
“Ini MCA nak tunjuk terror (handal) daripada DAP. Tak untung untuk dia (MCA).
“Dia cakap macam itu pun undi Cina tidak bertambah pun dekat MCA. Baik dia tak payah cakap.
“Ini hal Islam, kita serah sahaja Islam selesaikan,” tegasnya.