Malah kata Adam, rumah bernilai RM1 juta yang dibelinya melalui lelongan bank itu itu sangat murah.
“Saya bida dalam bank RM1 juta, bukannya RM7 juta. Bank jual rumah terbengkalai, reka bentuk rumah itu kekal sama. Bukan saya yang reka nak duduk rumah dalam Disneyland.
“Kalau tuan-tuan berada di Ampang dengan rumah di Ampang harga RM1juta sejuta (itu) sangat murah. Rugi kalau tak beli dengan reka bentuk yang begitu cantik tapi jadi viral dan fitnah pada saya,” katanya kepada pemberita di luar IPD Ampang.
Malah kata Adam, beliau bersedianya untuk beri kerjasama sekiranya kes tersebut dibawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Saya dimaklumkan daripada media, beliau berikrar untuk turun ke rumah saya, naik helikopter, mungkin rumah saya itu (luas) 10 hektar, mungkin ada kebun kelapa sawit, ada dinosaur, kolam ikan atau kolam renang.
“Saya minta Jamal dan Ketua UMNO Bahagian Ampang, (Datuk) Ismail Kijo buat laporan polis atau laporkan pada SPRM saya bersedia beri kerjasama baik untuk beri keterangan dan jaga amanah di negeri Selangor,” katanya.