15
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.24 petang berhubung kejadian tersebut.
Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara telah dikejarkan ke lokasi kejadian serta berjaya memadamkan kebakaran beberapa minit selepas itu.
“Rumah anak yatim itu hampir 70 peratus musnah pada bahagian bumbung.
“Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya, memetik laporan Utusan Online.