Rujuk ustaz bertauliah dan kitab sahih, titah Sultan Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah, ia penting supaya tidak terjebak dengan fahaman yang boleh merosakkan akidah seperti wahabi, syiah, pluralisme dan liberalisme.

“Rakyat negeri ini perlu mempelajari agama menerusi ustaz bertauliah dan merujuk kepada kitab muktabar (sahih dan ditulis ulama ternama) supaya agar tidak terkeliru dan terpedaya dengan fahaman yang menyimpang dari landasan Islam.

“Lebih berbahaya ialah fahaman yang boleh membawa kepada keganasan dan mengancam keselamatan rakyat,” titah baginda.

Teks titah Sultan Ibrahim dibacakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, ketika merasmikan Multaqa Ulama Allahyarham Al-Allamah Datuk Syed Alwi Tahir Al-Hadad sempena Hari Keputeraan Sultan Johor di Pusat Islam Iskandar Johor di sini, hari ini.

Related Articles