RoS lulus penubuhan Parti Harapan Rakyat Sabah

 
Lajim berkata, parti baharunya itu akan menggunakan logo Gunung Kinabalu sebagai satu tanda kebangaan rakyat Sabah dan rakyat Malaysia.
 
Beliau yang ditemui pemberita selepas menerima kelulusan RoS di Putrajaya berkata, permohonan menubuhkan parti itu sudah dibuat pada 14 September lalu dan hanya diluluskan pada 23 September.
 
Lajim pada Oktober lalu mengumumkan keputusannya keluar dari PKR bersama dua Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) lain bagi memimpin parti tempatan baharu di Sabah.
 
Mereka ialah Adun Moyog yang mewakili PKR dalam pilihan raya sebelum ini, Terrence Siambun dan Junz Wong (DAP – Likas).
 
Siambun bagaimanapun, menyatakan beliau akan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal.
 
Manakala Wong belum membuat keputusan rasmi.
 
Shafie sebelum ini mengambil alih parti tempatan Sabah dan berharap dapat menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan Umno di negeri itu.

Related Articles