“Hello, ini untuk kanak-kanak di Syria. Kami tahu anda sudah banyak menderita. Saya adalah pemain terkenal, namun kamu adalah wira sebenar,” kata bintang Real Madrid dan Portugal itu menerusi mesej video untuk kempen Selamatkan Kanak-Kanak yang dimuat turun di laman media sosialnya.
“Jangan hilang harapan, dunia bersama kamu. Kami prihatin tentang kamu, saya bersama kamu,” tambah pemain bola sepak itu.
Nick Finney, menerusi kempen Selamatkan Kanak-Kanak Syria, berkata Ronaldo bukan saja tokoh sukan dunia, tetapi dia juga menjadi harapan berjuta-juta kanak-kanak lelaki dan perempuan di serata dunia – dan harapan adalah perkara yang paling diperlukan oleh kanak-kanak Syria, lebih dari biasa.
Sekurang-kurangnya 15,000 kanak-kanak adalah antara lebih 300,000 mangsa yang terkorban dalam peperangan Syria sepanjang tempoh lima tahun lalu, berdasarkan statistik kumpulan bantuan di sana. – AFP