Roader, aplikasi pelbagai utiliti

by SM Amin

Roader kini merangkumi semua perkhidmatan yang sedia ada sebelum ini dengan penambahan perkhidmatan baru. Terdapat 3 perkhidmatan utama iaitu Ride (Roader Cab), Delivery (Roader Bike, Roader Cab dan Roader Lorry) dan On Demand (Roader Butler dan Roader Kitchen).

“Kami merasakan jenama baru ini mencerminkan kami sebagai sebuah aplikasi yang menumpukan kepada pelanggan dan bersemangat tentang perkhidmatan kami” kata Nizran Noordin, Ketua Pegawai Eksekutif.

“Kami akan memperluaskan lagi perkhidmatan kami kepada bukan sahaja teksi tetapi juga perkhidmatan penghantaran dan ‘on demand’; kami berharap dapat menyediakan anda lebih banyak pilihan untuk memudahkan tugasan harian anda” katanya.

Roader telah memulakan operasinya dengan versi beta Roader Cab, dan seterusnya ia akan memperkenalkan perkhidmatan yang lain dalam masa terdekat. Terkenal dengan teksi mereka, kini anda boleh menempah teksi bajet atau TEKS1M dalam pusat bandar Kuala Lumpur. Perkhidmatan ini akan dilancarkan ke kawasan lain di dalam Lembah Klang dalam masa terdekat.

Perkhidmatan ‘Delivery’ juga akan diperkenalkan pada bulan-bulan akan datang. Dengan hanya menekan beberapa butang di telefon bimbit, anda boleh menghantar bungkusan dan dokumen dari keselesaan rumah anda sendiri atau pejabat dalam hari yang sama. Perkhidmatan penghantaran ini juga menawarkan beberapa pilihan untuk anda, daripada menghantar dokumen dan bungkusan dengan Roader Bike atau Roader Cab atau untuk berpindah kediaman menggunakan Roader Lorry.

Di bawah “On Demand”, akan ada Roader Kitchen di mana anda boleh memesan makanan untuk menu tengah hari atau makan malam daripada “Cook Partners” kami, yang dihantar terus ke rumah anda. Terdapat juga perkhidmatan “Roader Butler” di mana kami boleh membantu menyelesaikan segala urusan anda.

Pada masa akan datang, jika anda perlu mengambil teksi, pastikan anda muat turun aplikasi kami Roader yang kini boleh didapati secara percuma di Google Play dan App Store untuk pengguna Android dan iOS. Untuk maklumat lanjut, sila ke www.roaderapp.com.

Related Articles