RM2.5 juta untuk persediaan musim banjir di Pahang

Menurut beliau, peruntukan tersebut adalah bagi menyediakan barangan keperluan asas melibatkan 105 pangkalan hadapan di seluruh Pahang dan ianya akan diagihkan bermula Oktober sehingga November ini.

“Walaupun negeri ini tidak dilanda banjir tahun lalu, persediaan rapi tetap dilakukan bagi menghadapi banjir,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang di sini, hari ini.

Memetik laporan Berita Harian Online, beliau berkata, sebanyak 688 premis di seluruh negeri ini dikenal pasti akan dijadikan pusat pemindahan banjir.

“Kita turut membekukan cuti seramai 5,157 penjawat awam di negeri ini, berkuat kuasa bermula 15 November hingga 15 Januari 2017,” katanya.

Muhammad Safian berkata, ketika ini kerajaan negeri akan menaik taraf kelengkapan di bilik gerakan di setiap daerah bagi memastikan semua peralatan dalam keadaan baik.

Selain itu, katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) diberikan masa sehingga November depan untuk menyiapkan sebarang projek naik taraf, pemasangan tanda jalan dan pembersihan longkang.

Related Articles