RM1.4 bilion tingkat kekerapan komuter KL-Seremban

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kerja menaik taraf frekuensi diharap dapat disempurnakan sebelum tahun 2020.

“Kita sedang buat signal link Landasan Berkembar Lembah Klang. Kita akan kembangkannya ke Seremban kerana signal link berupaya tingkatkan frekuensi perkhidmatan komuter,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA Negeri Sembilan di Seremban pada Ahad.

Beliau berkata, perkhidmatan keretapi akan ditingkatkan dengan memastikan masalah seperti gerabak tergelintir tidak akan berlaku.

Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, pasukan siasatan telah ditubuhkan untuk menyiasat kejadian gerabak barang KTMB tergelincir daripada landasan sehingga menyebabkan ribuan penumpang perkhidmatan tren elektrik (ETS) terkandas di Stesen KTMB Ipoh pada Jumaat lalu. – Bernama

Related Articles