RIbuan rakyat Eropah, AS turun protes bantah arahan Trump

Demonstrasi terbesar setakat ini dilakukan di London, dengan anggaran 10,000 penduduk hadir, melaungkan ‘Theresa May: Muka tak malu’, menyelar Perdana Menteri Britain itu kerana menyokong Trump.

Sambil mengibarkan sepanduk mengisytiharkan ‘Jangan Jadikan Umat Islam Kambing Hitam’ dan ‘Sosialisme bukan Trumpism’, penunjuk perasaan bergerak dari Kedutaan Amerika ke pejabat May di Downing Street.

Dalam arahan eksekutif yang dikeluarkan pada 27 Januari lalu, Trump mengenakan larangan kemasukan ke Amerika ke atas rakyat tujuh negara majoriti Islam iaitu Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman, selama 90 hari.

Pelarian juga dilarang memasuki Amerika selama 120 hari, kecuali dari Syria, yang dihalang selama-lamanya.

Bagaimanapun, kelmarin, hakim persekutuan menggantung larangan itu, tindakan yang dikecam Trump dan berjanji akan mencabar arahan itu.

Di Britain, lebih 1.8 juta rakyat menandatangani petisyen menyatakan Trump tidak layak disambut melawat negara itu secara rasmi kerana ia akan memalukan Ratu Elizabeth II.

Kira-kira 1,000 orang mengambil bahagian dalam bantahan di Paris dan Berlin, manakala perhimpunan kecil dengan ratusan penunjuk perasaan diadakan di beberapa wilayah di Britain termasuk Manchester dan Birmingham. – AFP

Related Articles