VIDEO: Ribuan berkumpul desak Guan Eng letak jawatan, bercuti

by SM Amin

Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun berkata, Guan Eng tidak lagi layak untuk memegang jawatan tersebut kerana terpalit dengan dakwaan rasuah dan sedang dibicarakan di mahkamah.

“Kita mendesak Lim Guan Eng meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang kerana beliau sedang berhadapan dengan kes di mahkamah. Beliau tidak layak untuk jadi Ketua Menteri, pemimpin kerana sedang berhadapan dengan kes korupsi di mahkamah.

“Kalau beliau seorang yang jujur, telus, berintegriti dan anak jantan, lepas jawatan Ketua Menteri ini. Apa yang beliau takutkan? Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh jadi Ketua Umum PKR dengan duduk dalam penjara, apa yang Guan Eng hendakkan? Takkan kerana kepentingan peribadi?

“Kita tidak boleh berterusan di tipu Guan Eng ini. Kalau satu perkara itu tidak kena dengan cara mereka, mereka menuduh sistem kehakiman negara. Mereka anggap-anggap undang-undang itu berat sebelah. Kalau kena dengan cara mereka, semua perkara betul,” katanya dalam sidang media selepas himpunan tersebut.

Selain itu kata Azwan, himpunan ‘Pemuda Bangkit’ diadakan untuk memberi peringatan kepada penganjur Bersih 5 yang berhasrat untuk mengadakan himpunan di Pulau Pinang pada 19 November depan.

Beliau mendesak supaya pihak berkuasa terutamanya pihak polis tidak memberi kebenaran kepada pengajur untuk mengadakan himpunan tersebut.

“Kalau kamu serang Najib Razak, bermakna kamu serang UMNO dan Barisan Nasional. Jika kamu serang UMNO Barisan Nasional, kami pemuda seluruh negara akan bangkit.

“Kita tahu Bersih 5 mengadakan konvoi diseluruh negara, di beberapa tempat, kami hari ini telah buktikan lebih 5,000 anak muda berkumpul di Persiaran Gurney untuk kita tunjuk bahawa kita tolak Bersih 5 ini. Kita berjaya lakukan dengan notis yang singkat.

“Kalau Bersih 5 teruskan, kami juga akan teruskan. Kita merancang di Selangor, Perak dan dibeberapa tempat lain. Pemuda Bangkit tidak takut. Kita dicabar, kita terima dan kita sahut cabaran itu kerana Bersih 5 menyerang pemimpin, Presiden dan Perdana Menteri kami,” ujarnya.

 

https://www.youtube.com/watch?v=Gn5MdPQXNWc

Related Articles