Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Zaharul Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.30 pagi sebelum tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian.
“Mangsa yang dikhuatiri lemas dikenali Ahmad Shakair Abdul Rahman yang berumur 18 tahun.
“Ahmad Shakair dipercayai menangkap udang bersama rakannya, Muhammad Izuan Hamdan yang berumur 27 tahun.
“Mereka dipercayai tidak dapat mengawal bot sampan jenis fiber ekoran air pasang besar, laut yang bergelora dan angin kencang semasa kejadian sehingga menyebabkan sampan mereka terbalik,” katanya, memetik laporan Kosmo Online.
Dalam pada itu, operasi bersepadu mencari dan menyelamat masih diteruskan melibatkan JBPM Perlis, Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan polis.
Paras air laut semasa kejadian kira-kira 3.7 meter.