12
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata bapa remaja itu menerima panggilan berkait insiden itu dari pihak bomba pada kira-kira jam 12 tengah hari di tempat kerjanya.
“Susulan itu, beliau bergegas pulang ke rumah dan mendapati kebakaran itu menyebabkan kerosakan pada tingkap sebelah pintu masuk, langsir dan televisyen,” katanya kepada pemberita.
Mohamad Roy Suhaimi berkata hasil soal siasat mendapati remaja berusia 16 tahun itu mengaku membakar langsir dan televisyen menggunakan kain yang dibakar menggunakan dapur gas.
Turut terbakar ialah sebuah komputer riba.
Jumlah kerugian dianggarkan RM4,000, katanya. – Bernama